Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

Wasiat Takwa

Selawat dan salam atas junjungan nabi s.a.w. penghulu segala kejadian seperti mafhum hadis Qudsi;

“Aku(Allah) jadikan sekalian alam ini kerana engkau ya Muhammad dan Aku(Allah) jadikan engkau untuk Aku(Allah)”

Apabila anak Adam sampai had akil baligh, perempuan 9 tahun atau datang tanda baligh dan lelaki 15 tahun atau datang tanda baligh mengikut Mazhab Syafie Sunat Muakkad(sangat dituntut) memperbaharui ucapan dua kalimah syahadah bagi memfardhukan agama Islam atas makna sekaliannya dan juzuk-juzuknya seumpama Rasulullah s.a.w. memfardhukan Islam atas dirinya di HATI, LIDAH dan ANGGOTA. Mulai saat itu berpindahlah tanggungjawab mukallaf(dipertanggungjawabkan agama) daripada ibu bapa kepada diri masing-masing sepertimana firman Allah;

وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ
Mafhumnya;

“Lazimkanlah kamu semua mewasiat akan KALIMAH TAKWA dan kamulah sebenar-benar orang yang sangat berhak dengan KALIMAH TAKWA itu lalu menjadi AHLI mewarisinya”

Si bapa yang mewarisi Kalimah Takwa iaitu syahadah perlu memanggil anak-anak yang sudah sampai had Taklif(dipertanggungjawabkan) Syarak lalu mewasiat. “Hei anakku, Fulan bin Fulan, pada ketika ini sudah tiba masanya, aku mewasiatkan kepadamu kalimah takwa iaitu dua kalimah syahadah bagi memfardhukan agama atas dirimu. Selepas selesai penyaksianmu maka berpindahlah tanggungjawab menanggung dosa dari pundak bapamu kepadamu sendiri dan ucapan itu bukanlah paksaan kerana tiada paksaan dalam beragama”. Maka menyebutlah si bapa kemudian diikuti oleh si anak akan dua kalimah syahadah itu maka berpindahlah Mukallaf dari bapa kepada anak tersebut.

Namun amalan wasiat dengan kebenaran ini sudah lama dilupakan dalam masyarakat kita. Agama yang zahir adalah agama Baka atau diistilahkan ISLAM BAKA. Apabila ditanya mengenai agama mereka akan menjawab, “aku pon Islam JUGA”. JUGA tersebut seolah-olah kita menumpang pada sesuatu dan tidak mewarisi dan memilik agama itu. Mengikut Mazhab Hanafi, Hanbali dan Maliki wasiat takwa atau wasiat dua kalimah syahadah ini WAJIB dan BUKAN SUNAT MUAKKAD seterusnya menunjukkan bahawa amalan ini amalan terpenting bagi melahirkan MODAL INSAN yang mempunyai Integriti dalam Akidah, Syariat dan Akhlak serta Jihad Diri dan Harta. Tidak mudah goyah kepada anasir-anasir luaran seterusnya menjamin pembentukkan nilai-nilai agama pada diri. InsyaAllah.