Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

Warga Melayu

Warga Melayu khususnya adalah satu bangsa yang menerima agama Islam, semestinya mempunyai peranan melindungi keistimewaan, kedudukan, dan kemuliaan yang sah berasaskan agama tauhid serta ada muafakat melengkapkan diri memenuhi segala keperluan berasaskan kurniaan Allah di semua tempat dan masa.
Warga Melayu berkeyakinan penuh memberi kepercayaan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Raja-Raja Melayu selaku Amirul Mukminin yang diberi oleh Allah segala kekuatan, kemuliaan, kekuasaan dan kedudukan tertinggi kuasa memerintah (Payung Agama Islam) melindungi bangsa Melayu sebagai bangsa beragama Islam dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan tanah Melayu sekarang ini negara Malaysia.
Semoga dapat membuka ruang seluasnya mengumpul seberapa ramai umat manusia
bersatu memberi tumpuan kepada kemudahan pelaksanaan pekerjaan agama Islam memperbaiki perjalanan serta amalan sehingga dapat mengembalikan semula status tamadun kemanusiaan dengan membesarkan segala Himmah serta menghadapkan segala Inayah, bersungguh-sungguh usaha menjadikan segala daerah dan wilayah dunia yang Fana’ perbendaharaan ilmu pengetahuan, perladungan kepandaian, membuka
mata kepada memandang cemerlang, gemilang, terbilang dan handalan sehingga
kelihatan kemegahan kedaulatan wilayahnya di antara segala Alam dan tertinggi martabat di antara bani Adam, bertambah nyata agama Islam di atas segala agama. Selain bertanggungjawab menyediakan latihan yang secukupnya kepada anak bangsa agar semuanya menjalani tanpa mana-mana paksaan segera menurut aspek teknikal pelan kehidupan berasaskan sempadan dan teladan pada membicarakan baik dan jahat
dalam ilmu dan amalan yang diambil daripada Arkitek Agong, Baginda Nabi Muhammad S.A.W di mana ada tujuan yang mulia untuk memelihara darjah kedudukan generasi manusia baik dan jahat dalam ilmu dan amalan di sisi Allah dan darjah kedudukan generasi manusia sama ada di Alam jin atau di Alam malaikat serta beristiqamah memelihara hak
kehambaan dan khalifah Allah selama hidupnya di bawah bimbingan Rasul Agong Nabi Muhammad S.A.W. pemilik Akhlak Nubuwwah dan Wilayah yang tinggi lagi terulung menerangi Alam sejagat.
Matlamat Warga Melayu ialah untuk mengatur gerak mengisi ruang kosong dalam jiwa umat manusia amnya, khasnya umat Melayu, ruang yang dahulunya bagaikan taman nan makmur segar yang mekar mewangi kemudian dilanda kemarau sejak tahun 1511 Masihi
hingga kini lalu gersang. Ruang itu jadi kosong dan kekosongannya menjadi kehidupan Anak Warga Negara Bangsa terasa ada sahaja yang tak kena tetapi tidak tahu di mana punca dan kalau tahu pun tak ketemu jalan bagaimana untuk merawatnya. Kekosongan itu menjadikan manusia hidup seperti yang Allah sifatkan di dalam Al-Quran.

وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ

Mafhumnya:
“Dan engkau melihat manusia mabuk pada hal mereka sebenarnya tidak mabuk tetapi
azab Allah amatlah berat lagi mengerikan”

Zaman ini benar-benar hilang kompas sumber ilmu dan amalan kehidupan umat manusia sehingga mereka yang mencari halal akan mati kelaparan, berpegang teguh kepada nilai Istiqamah di dalam interaksi akan dianggap kolot, tiada Mahabbah tiada Takzim. Akhlak dianggap tidak bertamadun, manusia berpagi-pagi Islam, berpetang-petang kafir, berpetang-petang Islam, berpagi-pagi kafir. Manusia melihat semuanya ini bagaimana untuk meneruskan kehidupan dunia yang sudah senja.
Warga Melayu sekarang ini menjadi sebuah madrasah penyebaran dan perkembangan
ilmu dan amalan yang terdapat di dalam Al-Quran, Al-Hadith, Ijma’ dan Qias secara
Talaqqi menerusi Badal Ijazah Masyaikh mengaku menjadi murid Sultan Aulia’ Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani jika seberapa banyak kesalahan dan dosa sekali pun dipohon terima menjadi murid baginya selama-lamanya berada di bawah bimbingan seorang guru yang ada wasilah mursyid dan sanad yang rajih.
Tumpuan kepada mempamerkan segala kekuatan dan kemuliaan yang terhimpun pada agama Islam yang keluar dari Qalam asal tempat terbit bagi segala Abjad Huruf dan segala kalimah segala ayat segala ilmu pengetahuan yang amat banyak hingga tidak mampu lagi untuk dihitung nikmatnya dan kemuliaan yang amat besar lagi berguna sekiranya diterima dan diamalkan menurut syariat Allah Ta’ala nescaya memenuhi keperluan di semua tempat dan masa.

Ke mana Sahaja bersua Kemakmuran
Ke mana sahaja bersua kesenangan
Ke mana sahaja bersua keharmonian

Warga Melayu membawa seruan menyusun aktiviti ke arah praktis Makarimul Akhlak (ISO) Akhlak Nubuwwah dan Wilayah yang berasal dari warisan Ilmu Allah yang wujud dalam hati sanubari jiwa raga (Zahir dan Batin) perjalanan hidup, pengalaman dan kembara junjungan Ulama’ Warasatul Anbia’ untuk menuju kepada Allah bagi mencapai kesempurnaan dan kemuliaan insani sedunia.
Penyebaran dan perkembangan yang hakiki lagi jelas dan murni dari kekusutan Hulul
dan Ijtihad, tidak kira apa jua bentuknya sudah tegas apa yang dikatakan oleh Ulama’
Muhaqqiqin yang ahli pada babnya:

“Bahawasanya ilmu kami ini kami ambil daripada “yang hidup” kepada “yang hidup” (Ertinya Talqin daripada guru Badal Ijazah Masyaikh Para Ahli Sanad daripada Sheikh kepada Sheikhnya, sambung menyambung hingga sampai kepada Rasulullah) manakala ilmu orang lain mereka mengambilnya dari “yang mati” kepada “yang mati” (Ertinya dari kitab ke kitab)”
Wahai saudaraku yang budiman,
Sesungguhnya ada kemungkinan di waktu senja ini Warga Melayu adalah wadah
melahirkan semula spesifikasi modal insan, satu bentuk Modul Penyebaran dan Perkembangan Agama Islam sebagai lesen peluncuran kefahaman yang dapat
mendokong ke arah mudah pelaksanaan tugas pembawa panji-panji Agong kebesaran agama Islam serta boleh diangkat tinggi menerangi alam sejagat.
Inilah seruan dari kepimpinan Warga Melayu sebenarnya untuk menuju ke arah mengasaskan sebuah piagam kesempurnaan akhlak mulia seperti mana yang telah dizahirkan dengan jelas oleh Ulama’ Muktabar yang ahli pada babnya ke atas diri Anak Warga Negara Bangsa Melayu terdahulu yang ikut setapak demi setapak perjalanan junjungan Agong Nabi Muhammad dengan sabdanya:
Mafhumnya:
“Demi sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.”
Sesungguhnya bakal terkandung dalam Jemaah Warga Melayu ini adalah pakaian
Junjungan Agong sifat Rahmatan Lil ‘Alamin, Makarimul Akhlak, Uswatun Hasanah dan
Khuluqul ’Azim diwarisi secara berhak menurut bimbingan Pertambahan Suri dan
Ma’nawi seseorang pengembara (murid) dari mula perjalanan hinggalah sampai kepada
hidayah dengan izin Allah .
Fungsi sebenar kami Warga Melayu adalah industri pemprosesan Alam Rohani/Jasmani
manusia, zahir mahupun batin manusia mukallaf semestilah dibebaskan dari syirik dan dosa, serta haram dan syubhah dari sumber ilmu dan amalan dari unsur rekaan lakonan yang terbit dari logik akal manusia mengarut. Kerana purnama agama Islam tidak pernah gerhana, sentiasa bersinar mengembang matahari makrifatnya, tidak terbenam ke barat, aman sejahtera sentiasa. Itulah kurnia yang Maha Esa seperti mana firmannya di dalam surah An-Nisa’ ayat 32.

وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Mafhumnya:
“Dan mintalah dari Allah akan kurniaanNya sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap
sesuatu.”
Inilah jua berkat junjungan Agong Nabi Muhammad S.A.W yang mulia Selawat dan Salam buat Baginda, Ahli Keluarga, para Sahabat-sahabatnya, Para Tabi’in dan Tabi’ At-Tabiin hingga akhir zaman. Baginda Nabi Muhammad bersabda dengan mafhumnya;
“Tuhanlah yang mendidikku dengan adab dan Dia telah mendidikku dengan sebaik-baik didikan.”
Para Rijalullah berkata;
“Aku berharap kepada Allah mudah-mudahan jadikan diri aku dan Jemaah ikutan aku yang sebenar pegangan ilmu dan amalannya berada di dalam kumpulan yang masuk syurga tanpa hisab, dijauhi daripada kumpulan yang masuk neraka dan terlepas dari kumpulan yang terhenti di padang mahsyar untuk dihisab dan timbangan.”

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ