Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

Warga Melayu Satu Kesinambungan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas junjungan Agong Nabi Muhammad SAW Ahli Keluarga, sahabat dan pengikut baginda hingga ke hari kiamat.

Warga Melayu adalah wadah kesinambungan pengajian pondok yang memulakan asas pemutihan Akidah, Syariat, Akhlak dan Jihad orang Islam Melayu, Melayu Islam dengan ucapan memfardhukan agama Islam pada hati, lidah dan anggota mukallaf.

Islam Melayu, Melayu Islam wujud sejak 1136M bersamaan 531H iaitu ketika mana Phra Ong Merong Maha Wangsa dikunjungi oleh Sheikh Abdullah Bin Jaafar Al-Qumairi Al-Yamani sebagai utusan Sultan Aulia’ Sayyid Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani membawa seruan agama Islam kepada penduduk di negeri Kalaha (nama Kedah sebelum Islam). Pada ketika itu, Kalaha atau Kedah Tua merupakan pelabuhan entrepot yang menjadi kunjungan masyarakat antarabangsa. Hasil dakwah Sheikh Abdullah dengan membawa Karomah iaitu pertolongan dari Allah maka Maharaja Phra Ong Maha Wangsa memeluk Islam dan seluruh rakyat jelata turut bersama memeluk Islam tanpa ada kekerasan, peperangan dan ekstremisme berlaku. Hasil campuran pelbagai bangsa di Kedah Tua yang menerima Islam kemudiannya dikenali sebagai BANGSA MELAYU dan wujudlah istilah ISLAM MELAYU, MELAYU ISLAM.

Warga Melayu hari ini memainkan peranan kesinambungan kerja buat tok guru-tok guru melaksanakan misi pemutihan Akidah, Syariat, Akhlak dan Jihad seterusnya mempunyai visi membentuk perpaduan Warga Melayu dengan ikatan kukuh melalui Ikrar Dua Kalimah Syahadah sebagaimana Rasulullah SAW mengikat golongan Aus dan Khazraj , golongan Muhajirin dan Ansar kerana agama Islam itu tidak berpecah belah melainkan bersatu mengambil Allah menjadi Wali.

Warga Melayu diperkenal semula di zaman Almarhum Sheikh Ahmad Junaidin iaitu seorang Ulama’ yang ada untaian dan kesinambungan salasilah hingga kepada Sultan Aulia’ Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani iaitu guru kepada Sheikh Abdullah Al-Qumairi Al-Yamani. Perayaan Maulidur Rasul SAW 1438H kali ini akan menjadi titik kebangkitan memperkenalkan Islam Melayu, Melayu Islam kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada penduduk Kota Kuala Muda Khasnya apabila perarakan Maulidur Rasul SAW sepanjang 30KM melalui jalan utama bandar Sungai Petani yang disertai hampir 300 buah kenderaan.

Semoga Warga Melayu terus menerus menggerak kesinambungan pemutihan Akidah, Syariat, Akhlak dan Jihad yang dimulakan oleh para guru mulia terdahulu yang telah pergi meninggalkan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.