Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

TAUHID ULUHIYAH

Ertinya mengaku dengan lidah, anggota dan hati bahawa Allah itu Zat Wajibal Wujud (yang wajib ada) Mutlak yang berdiri pada zatNya segala sifat Kamal, Jamal, dan JalalNya sahaja wajib diubudiyahkan diri zahir dan batin dan wajib dipohon segala pertolongan oleh seluruh manusia dan jin.

Maksudnya hendaklah menjernihkan lidah, anggota dan hati akan yang lain daripada Allah, sama ada pada Zatnya, SifatNya dan Af’alNya. Dengan difardhukan ke atas diri agama serta patuh tunduk kepada Allah sahaja dalam melaksanakannya dan mengisytiharkan pengakuan ini melalui ucapan:-

أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله

Tauhid Uluhiyah ini pada hakikatnya mengandungi tauhid Rububiyah, tauhid Asma dan tauhid Sifat. Manakala tauhid Rububiyah pula di dalamnya tidak mengandungi tauhid Uluhiyah, kerana jika seseorang mengaku rububiyah Allah tetapi tidak melaksanakan ibadat kepada Allah seperti yang disyariatkan melalui Nabi dan rasul yang diutuskan tidak dikira sebgai Islam dan masih lagi bernama kafir atau musyrik. Begitulah halnya tauhid Asma’ dan tauhid Sifat sahaja tidaklah di dalamnya mengandungi Rububiyah dan Uluhiyah, akan tetapi sesiapa sahaja yang mentauhidkan Allah pada Uluhiyahnya dengan mengaku bahawa Zat yang bernama Allah sahajalah berhak diibadatkan (diperhambakan diri dan minta tolong ) manakala Zat yang lain selain Allah tidak berhak sedikitpun diibadatkan kepadanya ertinya secara langsung seseorang itu telah mengaku menerima tauhid Rububiyah, tauhid Asma’, tauhid Sifat dan tauhid Zat. Oleh itu nyatalah dengan sebenarnya bahawa kalimah Shahadah itu di dalamnya mengandungi semua tauhid seperti tersebut kerana itulah shahadah dinamakan TAUHID ULUHIYAH.
Oleh sebab itulah tauhid Uluhiyah adalah awal-awal agama dan penghabisannya, batinnya dan zahirnya yang wajib dipelajari. Berdasarkan tauhid inilah Allah menjadikan sekalian alam ini.

Mafhum Firman Allah:

” Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku”
(surah Adz-Dzaariyaat : Ayat 56)

Di atas asas inilah juga diberi balasan pahala, darjat iman dan taat di dunia dan akhirat. Oleh itu siapa sahaja yang tiada padanya tauhid ini walaupun ada padaang tersebut tetap dijumlahkan sebagai kafir dan musyrik waliyazubillah, kerana masih lagi menjadikan Zat Allah yang wajibalwujud yang tiada menyerupai sesuatu itu setanding , setaraf atau setara dengan yang lain dalam ubudiah dan minta tolong.

Tauhid inilah yang disampaikan oleh para Rasul kepada sekalian manusia dan jin yang bermula daripada nabi Adam Alaihissalam dan berakhir kepada nabi kita Muhammad S.A.W melalui ucapan dua kalimah Shahadah…