Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

Syarat Tidak Menerima atau Membatalkan Dua Kalimah Syahadah Berserta Makna dan Makninya Pada Diri

  1. Bodoh atau Jahil

Ertinya pengetahuan atau penggambarannya ke atas sesuatu jauh menyimpang atau berbeza seperti yang ternyata berdasarkan dalil yang sebenar dan keputusan jemaah ahli ilmu sama ada pada kalimah, hurufnya, diri sesuatu itu dan lain-lain yang bersangkutan dengan sesuatu.

Bodoh terbahagi kepada dua :

  1. Bodoh bersusun ( Jahil Murakkab)
  2. Jahil Mutlakan ( Jahil Basit)

Penolakan Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya untuk diterima pakai pada diri

Serta kekal pada diri akan terhapus, hilang dan batal sekiranya seseorang itu berada di dalam salah satu daripada dua jahil tersebut.


2. Ragu ( Ar-Raibb)

Ragu ialah apa-apa sesuatu yang perlakuannya tidak terus menerus berada diatasnya. Maknanya seseorang itu tidak berada di atas Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya menyebabkan terungkai atau terobak, terputus, terbuka simpulan ikatan aqoidul iman pada lidahnya anggotanya dan hatinya yang telah pon diterima dengan jazam yang putus.


3. Syirik Akbar ( Syirik Uluhiyah)

Yang dimaksudkan dengan syirik itu bercampur aduk rupa baik dan rupa jahat dan tidak ada ketentuan yang tepat hala tuju atau arah tuju seperti yang dituntut dan dikehendaki keatas dirinya melakukan akan dia apabila melaksanakan sesuatu keputusan hokum.

Maknanya seseorang itu telah berpaling tadah dalam ubudiyah dan meminta pertolongannya didalam melaksanakan perintah syariat daripada Allah kepada benda (thogut).

Ertinya Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya yang ada pada dirinya telah bercampur baurkan dengan kalimah kekufuran atau syariat islam yang ada pada dirinya dicampur dengan syariat bukan islam (syariat Yahudi, syariat Kristian yang telah dimansuhkan selama-lamanya atau syariat Majusi, Buddha, Hindu yang adat dan kebudayaannya berteraskan akal semata-mata dan lain-lain  yang telah ditolak dan dibatalkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w.).


4. Nifak atau Dusta

Ialah sesuatu pemberitaan mengenai sesuatu yang berlawanan daripada asalnya atau ditambah

 tokok dan dikurangkan supaya tidak berada seperti asal.

Firman Allah s.w.t.

Mafhumnya:

“Di antara manusia yang mengaku beriman dengan Allah dan hari kemudian sebenarnya mereka itu tidak beriman. Menipu dayalah mereka itu akan Allah dan orang-orang beriman dan tidak menipu dayalah mereka itu melainkan diri mereka sendiri dan tidak mengetahuilah mereka itu. Kerana ada pada diri mereka itu penyakit maka Allah tambah lagi ke atas mereka itu penyakit dan sabitlah mereka itu azab yang pedih dengan apa yang mereka dustakan”.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ ۝ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ۝ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ۝

(Surah Al-Baqarah : Ayat 8 – 10)

                Ertinya penerimaan Dua Kalimah Syahadah beserta makna dan makninya tidak dizahirkan perlaksanaannya mengikut hokum yang ditetapkan bahkan ditolak seperti yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubai dan puak-puak munafik di zaman Rasulullah s.a.w.


5. Benci

Ertinya terbit rasa meluat dan jujuk terhadap sesuatu yang benar dan merasa manis, enak dan

 Bersetuju diatas sesuatu yang salah maksudnya Kalimah Tauhid berserta makna dan makninya yang ada pada dirinya itu, dia rasa jemu dan jijik sehingga melaksanakan sesuatu amalan dalam kehidupannya tidak ada pegangan dan arah tuju yang benar dan terkeluar daripada makna makni Dua Kalimah Syahadah yang menjadi pegangangnya.


6. Protes atau Bantah

Ertinya tidak setuju, tidak rela, tidak tunduk hasil daripada hasutan, bisikan sehingga terasa

sesuatu yang benar itu salah, sesuatu yang salah itu benar dan diterima pakai.

                Maksudnya Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya yang ada pada dirinya itu dibantah diprotes dengan menzahirkan rasa tidak bersetuju dan rasa tidak puas hati terus diambil buang dengan melaksanakan segala larangan dan meninggalkan segala suruhan yang telah ditetapkan hukumnya.


7. Penolakan ( Takabur)

Ialah penolakan terhadap sesuatu kebenaran yang penghinaan terhadap sesama manusia

 dengan meletakan dirinya semata-mata betul dan benar walau pun seluruh ahli ilmu memutuskan yang dirinya itu tidak betul atau tidak benar seperti yang telah diisytiharkan keatas dirinya didalam menerima dan melaksanakan sesuatu.

                Ertinya Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya yang sedia ada pada dirinya itu ditolak dengan menzahirkan rasa hina sekira dirinya it uterus menerima pakai Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya pada dirinya.

                Contohnya, al-Quran itu tidak benar, tidak layak, tidak betul, Bible itu betul, benar dan layak. Sedangkan Nabi Bersabda “ Kamu tidak akan sesat sekali-kali selama kamu berpegang serta beramal dengan kitab Allah dan Sunnah RasulNya”

                “ Perlu diawasi dan diingat syaitan itu satu sifat jahat dan buruk yang menolak dengan jazam yang putus akan semua yang benar, wujud dan diterima pakai oleh jin, manusia dan binatang-binatang yang menonjol diri mereka sebagai makhluk perosak dan ganas”.

                Berkata setengah ulama yang ahlilah, “suatu hari Azazil laknatullah telah diperintah olah Allah bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. bila sampai dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi terus bertanya antaranya :

Berapa jumlah mereka-mereka yang menjadi musuh kepadanya daripada kalangan umat

Baginda? Iblis memberitahu, ada lima belas golongan manusia umat Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi musuhnya :

  1. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri
  2. Pemimpin yang adil yang patuh dan tunduk kepada hokum Allah yang memerintah mengikut hukum Allah.
  3. Orang kaya yang merendah diri
  4. Orang alim yang tidak meinggalkan solat fardu
  5. Saudagar yang jujur
  6. Orang mukmin yang suka menasihati atas kebenaran dan kesabaran
  7. Orang yang mengekali taubat nasuha daripada dosa besar dan kecil
  8. Orang mukmin yang berkasih saying kerana Allah dan berpisah kerana Allah
  9. Orang yang menjauhi segala rupa bentuk kerja-kerja haram, makruh dan maksiat
  10. Orang mukmin yang mengekali berada dalam wuduk
  11. Orang mukmin yang banyak bersedekah atau dermawan
  12. Orang mukmin yang berakhlak nubuwah
  13. Orang yang ringan tulang kepada jiran tertangga dan sahabat handai
  14. Orang yang hafal al-Quran dan mengekali membacanya
  15. Orang yang berduri di waktu malam dan berlapas di siang hari dan mengunci mulut daripada berkata-kata yang sia-sia

Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi kepada Azazil laknatullah, berapa puak daripada umatnya yang menjadi sahabat kepadanya di dalam duia dan ikut bersama-sama nya ke neraka semasa di akhirat? Azazil memberitahu kepada baginda, ada sepuluh puak :

  1. Hakim atau raja yang tidak adil yang tidak menghukum (memerintah) dengan hukum atau syariat Allah.
  2. Orang kaya yang sombong
  3. Saudagar ang khianat
  4. Peminum arak, berzina dan liwat.
  5. Orang yang memutuskan silaturahim
  6. Orang yang memiliki harta riba
  7. Orang yang memakan harta anak yatim
  8. Orang yang meninggalkan solat fardu
  9. Orang yang enggan mengeluarkan zakat
  10. Orang yang panjang cita-cita, banyak angan-angan dan berkhayal.”