Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

Syarat Betul dan Benar Dua Kalimah Syahadah Berserta Makna dan Makninya Kekal Pada Diri Seseorang Melalui Lidah, Anggota dan Hati

  1. Ilmu

Maksud ilmu itu mengenal pasti dengan sebenar – benarnya terhadap sesuatu yang

hendak diambil tahu berdasarkan perkara – perkara yang terjadi atau berlaku keatas sesuatu yang hendak diambil tahu itu sebenarnya berbetulan dengan sebenar oleh sebab Dua Kalimah Syahadah itu didatangkan dengan bahasa arab walau dialih bahasa ke dalam apa juga bahasa, maka mesti diterjemahkan dan dihuraikan mengikut kaedah asalnya iaitu (bahasa arab)

                Sebab itulah ilmu yang dimaksudkan di sini iaitu Ilmu Nahu, Ilmu Saraf, Ilmu Mantik, Ilmu Makni. Jelasnya dapat kita faham bahawa ilmu itu diibaratkan suatu pintu gerbang yang dengan dia dapat kita masuk ke dalam satu tanah atau kebun itu atau rumah itu dengan betul, jelas dan tepat yang matlamatnya dan tujuannya kita untuk mengenali, memahami secara mujmal atau secara terperinci barang yang didalamnya untuk diambil terima pakai dan ditegak pada diri sebagai sesuatu yang berkekalan. Jika ilmu ini ditujukan kepada Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya maka dinamakan ilmu Dua Kalimah Syahadah dan ianya menjadi syarat pertama bagi diri seseorang yang mahu serta mengenal pasti Dua Kalimah Syahadah  berserta makna dan makninya ada pada dirinya diterima pakai serta diamalkan secara berkekalan. Kerana pada Dua Kalimah Syahadah itu terdapat nafi dan isbat. Rukun syahadah itu wajib kita isbatkan empat perkara. Dan untuk mengenal pasti sah syahadah itu wajib kita tahu empat perkara pula.

2. Yakin

Ertinya simpulan dan tambatan yang teguh yang putus samada di lidah, anggota, dan

hati ke atas sesuatu yang hendak disahkan benar, betul, bebetulan sebenar dan tidak berubah. Yakin itu diibaratkan air yang berada dalam satu bekas yang tidak ada gelobang atau tanda – tanda kewujudan gelombang atau sebesar  mana sudah nyata wujud gelombang ianya menunjukan dan memberi pengertian saiz keyakinan terhadap sesuatu ada pada diri seseorang. Ianya dinamakan khayal, syak, zhon dan waham. Begitula saiz besar atau kecilnya wujudnya yakin pada diri seseorang terhadap Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya

3. Ikhlas

Ertinya sesuatu barang yang tidak ada padanya sesuatu yang menyebabkan perubahan pada diri

 nama dan sifat asalnya kepada sesuatu diri, nama dan sifat yang lain.

                Contohnya, sebuah balang yang dipenuhi air hanya semata – mata air mutlak yang terkandung didalamnya cantuman hidrogen dan oksigen tidak lebih dari itu.

                Kewujudan sel-sel, bintik-bintik, zarah-zarah didalam air itu besar atau kecil menunjukan kemutlakan air itu sudah bertukar daripada air mutlak kepada nama-nama yang lain yang bukan mutlak. Begitulah wujudnya ikhlas di dalam menerima Dua Kalimah Syahadah serta makna dan makninya diterima pakai pada diri seseorang.

4. Benar

Benar itu ialah hakikat bagi sesuatu serta saiznya yang nyata pada diri seseorang di masa

 terdapat dan wujudnya sesuatu itu. Ertinya sebutan Dua Kalimah Syahadah itu berserta makna dan makninya diperakui benar, berbetulan benar dan diterima sebagai benar sepertimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat yang diperakui ahli syurga dan mereka-mereka yang dikurniakan nikmat keatas diri mereka itu ( Nabi-nabi, Rasul-rasul, siddiqn, syuhada dan solehin).


5. Kasih atau Cinta (al – Hubb)

Ialah suatu ibarat atau perbandingan, kecenderungan perasaan pada lidah, anggota dan

 hati terhadap sesuatu dengan bulat, padat, penuh penumpuan serta rasa enak atau menyenangkan bagi dirinya. Penuh penumpuan dan mesra kasih sayang itu hanya wajib ditunjukan kepada Allah s.w.t. dan Muhammad s.a.w. serta syariat yang dibawanya. Kerana nabi bersabda mahfumnya :

“Tidak beriman sesorang kamu sehingga mereka menjadikan diri aku dan sunnah yang aku bawa ini terlebih kasih kepadanya daripada kasih mereka kepada ahli-ahlinya, hartanya dan manusia sekalian.”


6. Al-Inqiad (Kepatuhan dan Ketundukan)

Iaitu wujud rasa sedar diri terhadap menunaikan amanah dan hak-haknya yang

dipertanggungjawabkan keatas diri untuk sesuatu yang dicintainya.

                Maksudnya penzahiran kepatuhan, ketundukan secara penuh rela dan redha melaui lidah, anggota dan hati terhadap Dua Kalimah Syahadah serta makna dan makninya untuk diterima pakai dan berkekalan pada dirinya bagi membuktikan cinta dan kasih sayang melampaui, melepasi, meliputi dirinya zahir dan batin kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dan segala syariatnya.

Friman Allah s.w.t. :

وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

“ Sesiapa yang menundukan dirinya zahir dan batin hal keaadaan penuh rasa cinta dan kasih sayang kehadrat Allah Zat Wajibal Wujud dan berakhlak dengan akhlak al-Quran zahir dan batin maka sesungguhnya dia telah berpaut kepada pangkal agama Islam yang teguh”
(Surah Luqman : Ayat 22)


7. Al-Qobul

Kesanggupan menerima pakai sesuatu yang datang atau didatangkan kepada dirinya

 Secara paksa atau rela bagi dirinya menerima pakai seperti asal dengan tidak melakukan apa-apa perubahan.

                Maksudnya penerimaan secara paksa atau secara rela menerima pakai Dua Kalimah Syahadah berserta makna dan makninya keatas dirinya itu berada dalam kelompok atau jemaah orang yang diiktiraf menerima pakai Dua Kalimah Syahadah itu dengan tidak mengubah, memaling sesuatu barang yang asal itu kepada sesuatu yang lain

Firman Allah s.w.t. :


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Mafhumnya :

“Lelaki dan perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya meletakan ke atas diri mereka sesuatu hukum mereka terus ambil dan terima pakai dengan tidak melakukan apa-apa perubhan sebagai ahli (sami’na wa atoq na)”
(Surah Al-Ahzab : Ayat 36)