Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

MENJAWAB PERSOALAN ASAL USUL KALIMAH MELAYU

Asal Usul Kalimah Melayu,

Kalimah Melayu adalah daripada perkataan “Al-Mala-u”

‎“الْمَلَأُ”

yang membawa erti memenuhi. Daripada perkataan “Al-Mala-u” itu dibuangkan huruf Hamzah pada kalimah “Al-Mala-u” dan digantikan dengan huruf Ya dan dipanggil “الْمِلَايُ” “Al-Milayu”. Pada asalnya Kedah Tua sebelum dikenali dengan nama Kedah adalah sebuah Negeri yang menjadi tumpuan perdagangan seluruh bangsa-bangsa dunia sehingga menjadi pelabuhan Entrepot di Lembah Bujang, Merbok. Agama Phra Ong Merong Mahawangsa iaitu raja negeri itu adalah Derbar Durbar puja dewa-dewi dan Animisme. Sehingga datanglah Sheikh Abdullah Bin Jaafar Al-Qumairi dari Yaman mengISLAMkan Phra Ong Merong lMahawangsa dan ditukar namanya kepada Malik(raja) Muzaffar. Setahun kemudian seluruh rakyat jelata memeluk Islam dan rakyat jelata adalah dari pelbagai etnik bangsa dunia dari Monggol, Arab, Parsi, Cina, India dan sebagainya. Maka bangsa yang baru ini dipernamakan dengan nama
“Al-Mala-u” iaitu campuran bangsa-bangsa dunia yang memeluk agama Islam dan tinggal di bawah negeri Kedah. Nama Kedah pula diambil dari perkataan “Qodah” iaitu mangkuk yang digunakan Phra Ong Merong Mahawangsa untuk meminum minuman keras. Mangkuk itu dibersihkan lalu dihadiahkan kepada gurunya Sheikh Abdullah Al-Qumairi lalu secara spontan gurunya berkata “Haza Qodah Darul Aman” ini mangkuk di negeri yang aman makmur iaitu yang dibersihkan dari syirik dan dosa lalu dinamakan negeri ini negeri Qodah Darul Aman “قدح دار الأمان”

Perkataan “الْمَلَأُ” ini disebut 24 kali di dalam Al-Quran dan bukanlah bermaksud bangsa Melayu. Melainkan satu golongan pembesar yang mulia. Sekiranya dibuka dan dirujuk kepada Kamus Bahasa Arab, “الْمَلَأُ” membawa erti “Kaum yang Mulia dan tinggi” manakala Perkataan “الْمَلَأُ الْأَعْلَى” membawa maksud golongan yang memenuhi alam atas yakni Malaikat-malaikat Allah yang tinggi-tinggi yakni ketua-ketua dari para Malaikat Allah.

Perkataan Melayu itu sendiri adalah perkataan mulia dari bahasa Arab, dipernamakan kepada satu bangsa mulia yang hasil gabungan seluruh bangsa yang wujud di dunia yang menerima Islam yakni Dua Kalimah Syahadah, di Negeri Kedah dan daulah-daulah kesultanan kemudiannya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat ke 13;

‎يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Kesimpulannya dari ayat di atas, pencantuman bangsa-bangsa dunia dan menerimah Kalimah Takwa yakni Syahadah menjadikan bangsa Melayu itu bangsa yang mulia. Wallahu a’lam.

#WargaMelayu
#IslamMelayuMelayuIslam

Leave a Reply

Your email address will not be published.