Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

MELAYU BUKAN “RACIST”

Melayu ialah campuran semua bangsa, jadi mulia kerana agama ISLAM.

Bangsa Melayu adalah bangsa mulia kerana campuran pelbagai bangsa dunia kemudian menerima Talkin Dua Kalimah Syahadah, yang menghidupkan hati-hati yang mati kepada musyahadah(penyaksian) kepada Allah swt dan dipernamakan mereka dengan nama Milayu.

Daripada kalimah Al-Mala-u dibaca dengan baris “kasrah” mim, baris “fathah” lam dan baris “dhommah” ya dibaca dengan MILAYU.

Perjuangan memperkenalkan asal-usul bangsa ini adalah Wajib kepada setiap anak bangsa Warga Melayu bagi menzahirkan identiti bangsa mulia hasil campuran pelbagai bangsa dunia.

Melayu adalah campuran bangsa Monggol, Arab, India, Parsi, Cina, Inggeris, Belanda dan sebagainya yang memeluk Islam dengan menerima “Talkin Dua Kalimah Syahadah” dan menetap di negeri-negeri Daulah Kesultanan Melayu, jadilah mereka bangsa MILAYU.

Bangsa ini pada lidahnya adalah sefasih-fasih lidah kerana berupaya menyebut seluruh bahasa dunia, rupanya adalah pelbagai rupa dan warna kerana hasil campuran pelbagai bangsa dunia dan tidak ada identiti khusus bagi mengenali bangsa MILAYU.

MASUK MILAYU ialah masuk Islam jika ungkapan ini digunakan oleh orang-orang tua dahulu, dan berkhatan ialah masuk JAWI. Sehinggalah bangsa ini lupa sejarah Bangsanya dan tidak lagi ada jati diri, maruah ditolak tepi.

#HadiqatulAzharWarRayyahin
#UlamaPenasihatDinastiUthmaniahdanBangsaMelayu
#SheikhWanAhmadAlFathoni

Leave a Reply

Your email address will not be published.