Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

“Mayat Dengan Tukang Mandi” Atau “Mayat yang Dirasuk”

Keadaan Murid dengan Guru ialah ibarat mayat dengan tukang mandi iaitu satu penyerahan bulat kepada gurunya dalam mengatur hidup dan akalnya tanpa ada ragu-ragu dalam erti kata syak, zhon, waham atau khayal.

Apabila murid yang menyerah dirinya dalam urusan tarbiah Rohani Jasmani kepada gurunya wajib yakin dengan keadaan gurunya tanpa perlu timbul persoalan dan keraguan dalam apa aspek sekalipun.

Guru yang dimaksudkan ialah guru Murabbi yang menjadi ketua atau kepala pada tiga masa terbaik seperti disabda Nabi Muhammad SAW iaitu masa nabi-nabi dan rasul-rasul, masa sahabat-sahabat (kurun salaf) dan masa tabiin iaitu kurun khalaf.

Apabila murid iaitu mayat boleh persoal, boleh berbahas, boleh berbicara, boleh mengeluarkan pendapat, boleh bertanya itu ini maka itu bukanlah tanda bahawa murid itu jahil dan perlukan bimbingan guru. Itu adalah tanda murid tersebut iaitu mayat yang sedang dirasuk.

Jagalah bicara dan fikir
Banyakkan pandang dan zikir.