Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

MATI DI PEDANG CINTA.

Malik bin Dinar berkata, “Aku keluar untuk mengerjakan haji di Baitullah. Di tengah perjalanan aku berjumpa dengan seorang pemuda ysng tidak membawa sebarang perbekalan samaada makanan,air atau kenderaan. Aku mengucap salam kepada nya dan dia membalas salam ku.
“Wahai pemuda,dari mana dan akan kemana engkau?”. Tanya ku.
“Daripada Nya dan akan pergi kepada Nya.” Jawab si pemuda itu.
“Mana bekal mu?” Tanya ku.
“Ada pada Nya.” Jawab nya.
“Perjalanan ini sangat jauh, engkau tidak akan sampai kecuali dengan membawa air. Adakah engkau membawa sesuatu?” Tanya ku.
“Ya ada. Ketika aku keluar rumah,aku berbekal lima huruf.” Jawab pemuda itu.
“Apakah maksud lima huruf itu?” Tanya ku.
Dia menerangkan: “Kaf adalah Al Kaafi (Yang Maha Mencukupi). Ha’ adalah Al Hadi ( Yang Maha memberi petunjuk). Ya’ adalah Al Mu’wy,Ain adalah Al Alim (Yang Maha Tahu). Shad adalah As Shadiq (Yang Maha Benar)”.Jadi,kalau seseorang yang sudah bertemankan Dia yang memiliki sifat2 tersebut, tidak akan terlantar, tidak akan merasa khuatir, tidak perlu perbekalan dan air.”
Malik berkata, “Maka apabila aku mendengar perkataan si pemuda itu, aku buka jubah ku dan aku mahu pakaikan kepada nya. Akan tetapi dia tidak mahu menerima nya sambil berkata, “Wahai Syeikh,tidak berbaju adalah lebih baik daripada baju dunia, yang mana sehalal2 dunia akan di hisab dan yang haram akan mendapat siksa.”
Apabila malam tiba, pemuda itu mengangkat tangan nya ke langit sambil berdoa,” Ya Allah, Tuhan yang tidak mendapatkan sebarang manfaat dari ketaatan hamba dan tidak mendapat sebarang mudharat dari derhaka nya hamba,ampuni lah diri ku”.
Ketika jemaah haji menyembelih kurban,pemuda itu tidak berbuat apa2,sebalik nya dia hanya berdoa, “Ya Allah,orang2 telah menyembelih kurban untuk Mu, tetapi aku tidak punya apa2 untuk di kurbankan kepada Mu selain hanya diri ku ini saja dan telah ku persembahkan kepada Mu. Maka terima lah Ya Allah.”
Selepas berkata sedemikian, pemuda itu terus menjerit kerna takutkan Allah lalu mati ketika itu juga.
Pada malam nya, Malik bermimpi berjumpa dengan pemuda tersebut.
“Apa yang di perbuat oleh Allah terhadap mu?” Tanya Malik bin Dinar.
Dia menjawab, “Allah telah menempatkan diri ku seperti syuhada’ di perang Badar. Bahkan lebih daripada itu”.
Malik bertanya, “Kenapa demikian?”
Dia menjawap pula,”Kerna mereka mati di pedang orang kafir. Sedangkan aku mati terpancung oleh pedang Cinta Allah”.