Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

KALIMAH “AL-MALA-U” DIRUJUK KEPADA KETUA KAUM YANG JAHAT DAN ZALIM???

Alhamdulillah semakin ramai Umat Islam Melayu, Melayu Islam cakna dengan Kalimah Al-Mala-u iaitu kalimah yang didakwa sebagai kalimah asal dipernamakan kepada kaum Melayu.

Al-Mala-u sekiranya kita rujuk kalimah tersebut kepada kamus bahasa Arab, kita akan menemui bahawa kalimah itu membawa erti “أشرف القوم وسَراتهم” “Termulia dalam kalangan kaum dan pembesar-pembesar mereka(kaum tersebut)”. Di sini jelas menunjukkan tiada langsung pengkhususan kalimah “المَلَأُ” “Al-Mala-u” tersebut merujuk hanya kepada ketua kaum yang jahat ataupon zalim.

Sekiranya kita merujuk Al-Quran, jelas menunjukkan bahawa kalimah “المَلَأُ” “Al-Mala-u” bukan sahaja digunakan dalam menggambarkan Kaum yang jahat atau zalim, malah digunakan juga bagi menunjukkan ketua-ketua kaum Bani Israel(anak-anak Nabi Yaakub) mereka bukanlah semuanya jahat malah melahirkan banyak nabi-nabi daripada anak cucu Nabi Yaakub a.s ini. Contohnya (2:246)

‎أَلَمْ تَرَ إِلَى “الْمَلَإِ” مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلَّا تُقَاتِلُوا قَالُوا وَمَا لَنَا أَلَّا نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيَارِنَا وَأَبْنَائِنَا فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْا إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Dalam ayat yang lain, kalimah “الْمَلَأُ” digunakan untuk menggambarkan ketua-ketua dalam kalangan Malaikat. Ini jelas memperlihatkan kalimah “الْمَلَأُ” bukan kalimah khas merujuk kepada ketua-ketua yang jahat dan zalim tetapi kalimah umum yakni ketua-ketua atau orang yang mulia dalam sesuatu kaum. Ayat-ayat dibawah merujuk kepada Malaikat-malaikat yang mulia yakni ketua-ketua para malaikat Allah.

‎لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَىٰ وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ

(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,

‎مَا كَانَ لِيَ مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَىٰ إِذْ يَخْتَصِمُونَ

” Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan kepadaku).

Di sinilah peri pentingnya kita tidak menghukum sesuatu kalimah berdasarkan kedudukannya pada beberapa ayat tetapi mestilah membuat penilaian yang adil kepada keseluruhan penggunaan kalimah tersebut di dalam setiap ayat.

Jelas menunjukkan bahawa kalimah “Al-Mala-u” itu memuliakan kepada sesiapa yang dipernama dan dinisbahkan kepadanya. Kemuliaan itu DITEGASKAN bukan kerana bangsa tetapi kerana hasil cantuman kasih-sayang bangsa-bangsa di dunia kemudian memakai kalimah TAKWA yakni Dua Kalimah Syahadah dan menjadi kaum yang paling teguh hatinya dalam mengingati Allah dan takut lalai akan Allah SWT.

‎يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Wallahu A’lam.