Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

HAKIKAT TAUHID ULUHIYAH

  1. Mengikhlaskan hadap hadapan, hadap diri rohani dan jasmani dalam ubudiyah dan meminta pertolongan hanya kepada Allah. Ertinya menzahirkan keyakinan yang bulat dan padu akan hak ketuhanan itu dalam ubudiyah dan minta tolong hanya kepada Allah dengan menolak tiga perkara :

a. Menerima Tuhan yang lain selain daripada Allah

b. Tidak menjadikan lain daripada Allah tempat berlindung, tempat memohon segala hajat dan menumpukan segala kasih sayang.

c. Tidak mengambil hakim yang lain selain Allah yang ditaati seperti menaati Allah.

2. Mengkafirkan thogut dan menentang sesiapa sahaja yang menyembah serta memberi kesetian kepadanya. Thogut ertinya barang yang selain Allah yang dijadikan hadap hadapan dan hadap diri sepenuhnya zahir dan batin dalam ubudiyah dan meminta pertolongan, antaranya :

a. barang yang disangka dengan syak, zhon dan waham pada perkataan atau perbuatan atau pada qosad hati dan diisbatkan dengan jazam yang putus akan wujudnya dan mempunyai kekuasaan sendiri.

b. Disangkakan pada perkataannya atau perbuatan atau qosad hatinya ada zat yang lain dan perbuatan yang lain berbetulan Zat Allah, Sifat Allah, Perbuatan Allah yang hakiki lalu diisbatkan serta dibenarkannya.

c. Mengiktiqad makhluk Allah umpama jin atau malaikat mempunyai kekuasaan yang tersendiri lalu patuh dan tunduk kepadanya melalui syarat syarat yang tertentu yang didatangkan sebagai syarat taabbud dan meminta pertolongan.

d. Mengiktiqad wirid, jampi, doa, alat alat senjata, batu cincin, azimat, dan seumpamanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menghasilkan sesuatu hajat lalu patuh dan tunduk kepadanya dengan mengadakan aturcara dan upacara penghormatan sebagai taabbud dan meminta pertolongan.

e. Mengadakan segala rupa bentuk pemujaan dengan berbagai aturcara dan upacara di luar batas syarie sebagai taabbud dan minta tolong. Umpamanya kubur yang dianggap patut dimuliakan, pokok kayu atau gua gua yang di anggap ada penghuni ghaib dan dimuliakan dengan mengadakan aturcara dan upacara.

Firman Allah s.w.t. :

ّفَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Mafhumnya :

“Maka barang siapa yang mengkafirkan thogut dan beriman kepada Allah maka sesunguhnya dia telah berpegang pada simpulan (Agama) yang amat teguh yang tidak akan putus dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah : Ayat 256)

Mafhum hadis riwayat Muslim :

“Sesiapa yang berkata lailahaillallah dan mengkafirkan kepada apa sahaja yang disembah selain Allah nescaya diharamkan bertindak terhadap hartanya dan Saranya dan perhitungannya terserah kepada Allah”.