Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

Hakikat Tauhid Uluhiyah Bahagian 2

Memelihara diri daripada segala rupa bentuk syirik melalui perkataan atau anggota atau qosad hati kerana sekelian yang tersebut membawa seseorang itu kepada munafik atau murtad umpamanya :

  1. Jazam yang putus pada hatinya untuk menukar agama islam yang ia sedang berada kepada mana mana agama.
  2. Merupakan (melakukan) dengan kelakuan angota segala bentuk penyembahan dan taabud sama seperti mana dilakukan olah orang kafir dalam ubudiyah dan meminta pertolongan di mana –  mana tempat, waktu dan masa.
  3. Bercakap dalam suasana bersahaja atau bergurau senda dengan perkataan yang buruk yang merosakan akidah umpamanya “Demi pokok kayu itu……..yang menjadi keramat”, Demi Allatawaluzza atau Demi tokong atau berhala atau Demi tok sami.
  4. Mengadakan penyembelihan dengan tidak menyebut nama Allah atau dengan qosad memuja sesuatu selain Allah
  5. Bernazar kepada sesuatu selain Allah dengan mengitiqad sesuatu itu berkuasa atau mampu menghasilkan apa – apa yang dihajati dan bernazar itu dalam bentuk makanan atau minuman atau amalan
  6. Memberi ketaatan mutlak kepada sesiapa sahaja mahkluk Allah dengan meletakan sesuatu undang undang atau syarat yang diciptakan sendiri mengikut logik akal dan adat sebagai taabbud dan meminta pertolongan
  7. Mengadakan upa cara dan aturcara penyembahan kepada benda – benda yang dijadikan Allah.
  8. Mengambil wirid, jampi, dan doa dari orang yang jahil bahasa atau daripada orang kafir atau daripada orang islam yang rosak akidahya, syariatnya dan akhlaknya
  9. Belajar ilmu sihir dan beramal dengannya
  10. a. bersumpah setia serta tujuannya yang tidak mengikutkaedah syarak sama ada bersaksikan Al – Quran dan lainnya atu tiada bagi memaksakan dirinya patuh kepada Allah dan segala syariatNya.

b. Bersumpah setia serta tujuannya mengaku patuh kepada sesuatu selain Allah serta undang – undang yang diciptakannya seperti mana patuh kepada Allah dan syariatNya.

c. sengaja meringan – ringankan atau memperolok – olokan (persenda) perlaksanaan sumpah tersebut keatas dirinya atau terus tidak melaksanakannya atau membatalkannya tidak mengikut kaedah syarak.

Contoh lafaz sumpah :

  1. “Wallah, Wabillah, Watallah, aku nak melaksanakan semua yang baik dan meninggalkan semua yang jahat”
  2. “Wallah, Wabillah, Watallah, Aku mengaku patuh kepada perintah mereka – mereka yang menjadi ketua aku.”
  3. “Wallah, Wabillah, Watallah, semua orang Islam saudara aku.” Dan lain lain perkataan sumpah yang diucapkan.

Mereka mereka yang melaksanakan perintah sumpah serta tujuannya seperti contoh yang tersebut atau lain lain kaedah sumpah yang tujuannya yang tidak mengikut kaedah syarak akan menyebabkan diri mereka tercampak kedalam gaung bidaah dholalah haram yang menjadi sesat serta batal akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta mengikut agama Islam. Mereka ini dijumlahkan di dalam jemaah mafhum firman Allah:

الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ

“iaitu orang orang yang Allah murka keatas diri mereka dan segala kerjabuat mereka”.

                Kerana merombak  rungkai hukum syarak yang lima yang asal dan didatangkan hukum syarak baru yang menyerupai asal serta memansuhkan juga hukum wadhoi yang lima.

                Mereka memansuhkan lima hukum taklif asal tanpa merujuk kepada hukum wadhoi. Sebenarnya mereka itulah di antara pengamal – pengamal ajaran sesat yang menyesatkan akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta dalam hidup harian mereka. Kerana melalui ucapan sumpah serta tujuan seperti itu menyebabkan :

  1. Hukum wajib asal menjadi mansuh sama sekali maka datang hukum wajib yang baru ditindih ke atas hukum wajib asal dan jadilah hukum wajib itu wajib berganda.
  2. Hukum haram asal sudah jadi mansuh datang hukum haram yang baru ditindih ke atas hukum haram asal jadilah hukum haram itu haram berganda
  3. Hukum sunat asal sudah jadi mansuh dan jadilah hukum sunat asal itu mengambil tempat darjah wajib yang mesti dilaksanakan.
  4. Hukum makruh asal sudah jadi mansuh dan jadilah makruh asal itu mengambil tempat darjah haram yang wajib ditinggalkan.
  5. Hukum harus hampir kepada sunat jadi hukum wajib mengambil tempat darjah wajib dan hukum harus hampir kepada makruh jadi hukum haram mengambil tempat darjah haram.

Jelas dan nyata sekarang yang mesti dilaksana serta diterima pakai ke atas diri mereka mereka yang melaksanakan sumpah seperti tersebut dalam hidup dan kehidupan mereka ialah :

Hukum wajib berganda yang mesti dilaksanakan dan diamalkan. Manakala hukum haram berganda pula mestilah ditinggalkan serta dijauhkan sama sekali. Kedua dua hukum ini mesti mereka melaksanakannya serentak melalui lidah anggota dan hati disemua tempat dan masa dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Manakala hukum taklif asal bersama sama hukum wadhoi mereka tolak serta memansuhkan sama sekali sama ada sengaja atau tidak sengaja melalui contoh ucapan sumpah serta tujuan seperti tersebut. Oleh itu perlu kita tanya diri dan wajib pula kita memberi jawapan.

Apa hukum individu yang mengaku diri muslim lagi mukmin memansuhkan lima hukum taklif dan lima hukum wadhoi serta memberatkan ke atas diri hukum wajib berganda dan hukum haram berganda yang baru muncul dan datang melalui contoh sumpah serta tujuan tersebut untuk diterima pakai ke atas diri, keluarga, masyarakat dan negara tanpa dirujuk kepada ulama – ulama yang ahli atau kitab – kitab fiqh yang muktabar di dalam mazhab fiqh yang empat?

“Oleh itu sekiranya kita sudah terjebak dengan contoh serta tujuan seperti tersebut hendaklah segera merombak rungkai akan dia mengikut kaedah syarak. Bertanya alim ulama serta Tok Guru jika diyakini diri berada dalam munafik atau murtad wajiblah diisytihar keluar daripada dua daerah tersebut zahir dan batin serta merta melaui ucapan Dua Kalimah Syahadah serta bertaubat dengan taubat nasuha”