Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

Bicara Mursyid

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Mafhumnya;

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadah kepadaKu”

Hakikat asal usul kejadian manusia dan jin dengan sebab khitab Allah‫ ﷻ‬untuk memenuhi tuntutan ibadah memperhambakan diri kepada Allah‫ ﷻ‬semata-mata.

Kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menghina diri ialah orang yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah kerana dia sudah melazimkan diri pada bab ibadah lalu dia mengosongkan dirinya daripada berfikir dan duduk dia bersama dengan fakir.

Begitulah apabila seseorang murid itu menghina dirinya dengan beribadah lalu melihat kepada keperluan jasmani/rohani dirinya sendiri secara bersendirian lalu memberi tumpuan kepada sifat ubudiah seperti Taubat, Qanaah, Zuhud, Tawakkal, Menghormati Hukum Syarak, Mengikut Sunnah Rasulullah‫ﷺ‬Rasulullah‫ﷺ‬, Ikhlas, ‘Uzlah dan Hifzul Auqat atas tujuan memperhambakan dirinya kepada Allah‫ ﷻ‬semata-mata bersama mereka yang
bersama Rasulullah‫ ﷺ‬dalam semua pekerjaan ibadahnya dengan sekira-kira boleh membawa dirinya Muraqabah dengan zikrullah (Banyak mengingati Allah) iaitu memberi tumpuan hadap muka dan diri kepada zat wajibal wujud لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ Tuhan bernama Allah yang mutlak sahaja berhak disembah berlindung dan
minta pertolongan lalu memberi perhatian kepada perkara utama daripada segala
perkara yang dikhabarkan kepadanya oleh gurunya di dalam keadaan dia kosong
daripada ma’rifah ketuhanannya untuk memenuhi hajatnya supaya tidak mardud, tidak dirasuk dan tidak bersusah payah dengan ilmu dan amalan yang banyak-banyak serta jauh-jauh, memadai menjadi murid mewarisi segala ilmu dan amalan hanya dengan mengaku murid kepada Mursyid Agong Al-Ghaus Al-‘Azhom Sultan Aulia’ Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani Qaddasallahu Sirrah, Syeikhi Syeikhina Wa Murabbiyan jika beberapa banyak dosa dan kesalahan sekali pun dipohon terima menjadi murid
baginya selama-lamanya (Iaitu hati, lidah dan anggotanya) dalam keadaan sentiasa
menyebut Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah (Mengigati Allah) sehingga tetap kejap pegangan hatinya diterima menjadi murid baginya selama-lamanya.

Sekiranya murid itu telah berada di dalam keadaan begitu sudah tentu baginya Allah
akan mempermudahkan ke atasnya dengan memberi ilmu dan rahsia-rahsia ketuhanan
kepadanya tetapi dengan syarat murid itu telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada Rabithah yang terpuji yang disertai dengan Wasitah kepada Nabi Allah Khidir a.s. dan Wasilah gurunya yang sampai kepada Mursyid Agong dan sampai kepada Baginda Nabi Muhammad ‫ ﷺ

Firman Allah Surah Al Kahfi Ayat 65 :

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

Mafhumnya;
“Ada seorang hamba daripada hamba-hamba Kami iaitu Nabi Allah Khidir a.s. yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami dan kami telah mengajarnya sejenis ilmu daripada sisi kami”

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ

Mafhumnya :

“Hendaklah kamu bertakwa “merasa takut” kepada Allah dan Allah mengajar akan kamu”
Firman Allah SWT Surah Al-Anfal ayat 29

اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ

Mafhumnya;
“Takutlah kamu kepada Allah dan Allah menjadikan bagi kamu cahaya nur untuk kamu berjalan denganNya”
Setiap seorang murid itu hendaklah faham bahawa murid yang bersunyi-sunyian yang
disertai Rabithah, Wasitah dan Wasilah sahaja yang melakukan ibadah seperti mana Allah memuji Nabi Allah Khidir a.s. di dalam firmanNya sehingga Allah membukakan pengetahuanNya tanpa perantaraan makhluk yang lain.
Di sinilah Allah menunjuk sendiri mengajar ilmu tentang “Faruq” perbezaan memelihara rahsia di antaraNya dan di antara sekalian makhluk lain yang dijadikanNya yang menjadi
isi kandungan Alam iaitu antara petunjuk dan sesat antara tauhid dan syirik, antara
pahala dan dosa, antara hak dan batal(salah) malahan Allah dengan sendirinya meluaskan Nur cahaya di dalam hati setiap murid itu di mana dia dapat berjalan dengan
nur ke arah kebenaran sehingga terhasil baginya ma’rifah ketuhanan.
Seorang hamba Allah bertanya kepada Syeikh Junaid Al-Baghdadi r.a. dengan apakah engkau memperolehi suatu yang telah engkau perolehi itu? Lalu Syeikh Junaid Al- Baghdadi r.a. berkata:
“Sesungguhnya aku duduk beribadah di bawah bimbingan darjah kebesaran guruku
selama lebih tiga puluh tahun”
Sebenarnya inilah maklumat yang perlu diketahui menjadi panduan yang diperolehi
kepada mereka yang berhajat menjadi murid yang ingin mendapat ilmu yang terbuka (tempat nyata kebenaran) maka tidak dapat tidak mestilah dia melazimi pada babnya seperti mana gurunya serta redha dengan ketentuan Allah dengan menghina diri dan mengaku menjadi murid Syeikh Mursyid Agong Al-Ghaus Al-‘Azhom Sultan Aulia’ Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani jika beberapa banyak dosa dan kesalahan sekali pun dipohon terima menjadi murid baginya selama-lamanya lalu beribadah menuntuti
darjah Taqarrub di sisi Allah Ta’ala berpanjangan siang dan malam tanpa henti-henti di dalam keadaan hati, lidah dan anggota rohani/jasmani Istiqamah yang berterusan dengan tidak merasa penat dan jemu pada semua tempat dan masa.
Syeikh Abu Yazid Al-Busthomi r.a. berkata;
“Kamu mengambil ilmu di dalam keadaan mati “daripada mati” dan kami mengambil ilmu kami daripada Tuhan yang hidup yang tidak mati selama-lamanya”.
Begitulah hasil yang diketahui, dirasai, diperolehi dan disaksi sendiri berkata sendiri yang beribadah kepada Allah bersama Rasulullah serta mereka yang disertai bersama Rasulullah yang Maha Besar rahmatNya berupa ilmu yang tidak hilang di sisi sekalian makhluk yang bertutur berada di atas muka bumi dan hamparan yang amat luas.
Hendaklah setiap murid itu ketahui akan martabat ilmu itu ada tiga wajah.
Wajah Pertama: Ilmu ‘Aqli
Iaitu setiap ilmu yang diperolehi dengan mudah sahaja iaitu ilmu yang mengiringi zahirnya
ada isyarat dengan dalil dan banyak bercampur daripada dalil itu demikian-demikian dan
menyerupai jenis-jenisnya sebab itu ada sahihnya dan ada Fasadnya (rosak binasa).
Wajah Kedua: Ilmu Al-Ahwal
Iaitu tidak ada jalan menuju ke arah ilmu Al-Ahwal itu melainkan zauq sehingga tiada
kuasa akal menjadikan dan tidak mampu didirikan atas ma’rifahnya kepada nisbah dalil
seperti mana; manis, madu, pahit, lazat, cinta atau asyik atau sebagainya yang lain.
Wajah Ketiga: Ilmu Al-Asrar
Iaitu Ilmu yang ditiupkan oleh Ruh Al-Qudus ke dalam rongga hati sehingga menerangi sekalian Lathoif sampai menyelinap keseluruh jasadnya

Perbezaan
Kerana memperolehi suatu daripada alam ini didahului oleh pengetahuan suatu perkara
yang munasabah pada akal terhadap suatu itu daripada cahayanya seperti akal, seperti
gerak, seperti nafsu iaitu mendapat suatu yang tidak ada rasa (Hissi).
Sedangkan yang dirasa (Hissi) itu daripada kelakuan seperti diperolehi seorang itu
dengan pekerjaannya seperti dia duduk, berdiri atau menulis atau sifatnya seperti
diperolehi yang hitam dengan sifat hitamnya, putihnya, manisnya, pahitnya, kesatnya,
licinnya, wanginya, busuknya, panasnya atau sejuknya dan seumpama yang lain lagi.
Inilah pendapat dalil dengan akal atau dengan Hawas (Pancaindera) sehingga tidak
mendapat akal tanpa didahului suatu dengan rasa(Hissi) atau dengan Ma’nawi(Sifat)
semuanya itu dinamakan mendapat selepas ilmu(mengetahui).
Berkata Sayyidina Abu Bakar r.a.
“Lemah pendapat daripada mendapat itulah mendapat”
Maka jelaslah perkara yang menunjukkan kepada setiap seorang murid itu bahawa mengenal Allah bukan boleh mendapat dengan dalil kerana semuanya dalil itu lemah daripada mengenal Allah dengan sebenarnya kerana mengenal dengan sebenarnya itu yakni dengan Allah jua iaitu dengan petunjuk Allah yakni berkehendak kepada pertolongan Allah dengan rahmatNya seperti diberi petunjuk di dalam hati sanubari serta dibuka akan hijab.

Firman Allah dalam surah Al-Fatir ayat 15

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
Mafhumnya :

“Wahai sekalian manusia kamu sekalian yang berkehendak(berhajat) kepada Allah (di dalam segala perkara) sedangkan Allah Dialah sahaja yang Maha Kaya daripada suatu lagi Maha Terpuji.”

Oleh yang demikian siapa sahaja yang berhajat kepada Allah. atau ingin Musyahadah akan Allah di dalam bab tauhid yang sebenar-benarnya hendaklah dia melihat secara Muraqabah di dalam bab tauhid mengikut Al-Quran Al-Kareem dan Al-Hadith Al-Qudsi iaitu apa yang dituntut oleh Allah dengan firmanNya Surah Al-Muzammil ayat 8
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Mafhumnya;
“Dan sebutlah dengan lidah dan hati akan nama Tuhanmu terus menerus siang dan
malam serta tumpukanlah amal ibadahmu kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.”

Ketahuilah bahawa akal itu ada had (batasan) yang terhenti sebab itu pengetahuan terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama: Pengetahuan bahagian diketahui dahulu kemudian barulah Musyahadah.
Iaitu pengetahuan akal dengan melihat kepada dalil yang baharu.
Kedua: Pengetahuan Musyahadah dahulu kemudian barulah ketahui iaitu pengetahuan kepada zat Allah taala dengan segala sifat-sifat dan segala Asma’ Allah.
Hal ini kerana Akal tidak sampai untuk mendapatkan zat Allah sedangkan zat Allah itu tidak dapat diperolehi dengan dalil, lantaran dalil itu adalah Baharu tidak menyerupai dengan yang Qadim.
Sementara wajah dalil adalah madlul yang ditunjukkan itu adalah satu martabat apa yang harus pada dalil maka harus pula pada madlul kerana madlul itu mumkin yang tidak dapat menjadi dalil bagi zat Allah kerana berubah harus bagi mumkin.
Oleh kerana zat Allah tidak harus berubah sedangkan mumkin harus binasa dan zat
Allah taala mustahil binasa iaitu wajib Baqa’ pada zatNya sehingga tidak ada satu wajah pun hanya mumkin itu sahaja dalil bagi zat Allah.
Maka sebab itu zat Allah itu hendaklah dimusyahadah akan dia terlebih dahulu baharu diketahui dengan katanya;
“Siapa yang ingin sampai (وصول ) kepadaNya tidak berhubung kepadaNya melainkan
denganNya”

مَنْ أرَادَ الّوصوَل إِلَيْهِ لَمْ يَمِنْ إِلَيْهِ إِلَّا بِهِ

Mafhumnya;
“Barangsiapa yang ingin Wusul (sampai) kepadaNya tidak berhubung kepadaNya
melainkan denganNya.”
Inilah sebab bagi setiap murid itu berhajat mencapai cita-citanya hendaklah dia menuntuti dengan jalan Adab sebelum memulakan suatu dalam perkara beribadah dengan mengikuti sepenuhnya syariat Allah yang terdapat di dalam agama Islam.
Kerana Adab itu tempat Takluk Qasad Hati ketika mengadap akan Tuhan bernama Allah bagi setiap mukallaf dengan memberi tumpuan hadap muka dan diri sepenuhnya kepada Zat Wajibal Wujud لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ Tuhan bernama Allah.

Kerana Allah itu bukan takluk tuntutan hamba-hambaNya dan sebenar Allah itu
menuntut kepada hamba-hambaNya. Kerana wujud Allah itu dengan sendiriNya tanpa mengambil lapang(ruang) di mana
wujud Allah itu tidak bersama tempat dan masa dengan ertikata.Kerana wujud Allah itu dengan sendiriNya tanpa mengambil lapang(ruang) di mana wujud Allah itu tidak bersama tempat dan masa dengan ertikata Sebutlah nama Tuhanmu dan muraqabah olehmu kepadanya dengan sebenar Muraqabah serta Musyahadah mendapati Zat Wajibal Wujud لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ Tuhan bernama Allah yang Maha Suci lagi Terkaya daripada suatu perkara yang dijadikanNya.

Sesungguhnya setiap suatu itu berkehendak kepadaNya pada tiap-tiap ahwal sedangkan
Dialah menjadikan suatu dan hukumnya lulus pada tiap-tiap suatu dan mendapati pada tiap-tiap hamba itu berkehendak kepada Allah dengan menerima segala hukum tersebut pada semua tempat dan masa.
Inilah perkara yang didapati kepada setiap hamba-hambaNya itu melalui dalil ‘Aqli yang menunjukkan bahawa mengadakan suatu itu adalah Takluk Qudrah dan Takluk Qudrah itu yang sebenarnya ia bermula daripada dirinya sendiri bahawa wujud itu adalah daripada pekerjaan ketuhanan.
Seperti mana perkataan Allah kepada suatu “Apabila Dia menghendaki suatu lalu kami
berkata kepadanya; Jadilah engkau!!! Maka dia terus menjadi (كُنْ فَيَكُونُ)

Lantaran itu tidakkah murid itu menilik(melihat) kepada takluk suruhan itu tidak ada sedangkan ia tidak ada tempat Takluk Qudrah sehingga berhimpun antara pendengaran perintah suruhan dan akal lalu kami berkata;
“Berpegang berupa itu sungguhnya jatuh berlaku atau terjadi seperti mana firman Allah maka adalah ia fayakun(terus menjadi). Sesungguhnya yang disuruh dengannya jadi itulah wujud hingga takluk oleh Iradah bagi menentukan salah satu daripada dua pekerjaan mumkin itu adalah wujud.
Sementara takluk oleh Qudrah dengan mumkin itu lalu memberi bekas padanya
mengadakan itulah Hal yang diakalkan(ikutkan) antara ‘Adam(tiada) dan Wujud(ada).
Lalu itu menjadi takluk “Kun” dengan suruhan itu bagi (‘ain) itu yang hanya tertentu bahawa adalah ia berupa maka jadilah ia terus berupa(terus menjadi).
Maka tidak apa yang ada pada mumkin itu adalah ‘ain(suatu) (‘ain ma’dum) yang tidak
bersifat dengan wujud baginya sehingga ia menghadapi atas ‘ain pekerjaan yang mumkin dengan wujud ketika jatuh berlaku wujud itu.
Sementara gerak kehendak bagi seseorang yang dikehendaki pada kun menjadi tidak
menjadi kerana permulaan yang diakalkan pada kun telah dinisbahkan kepada
perantaraan yang diikatkan oleh akal sahaja maka jadilah ia sebagai usaha ikhtiar.
Malahan telah diqadarkan(ditentukan) bahawa tidak wujud kekuatan dan perbuatan bagi mumkin dan sudah tentu ternafi oleh nisbah(perbandingan) lantaran tidak mendapat tempat Takluk Qudrah dan Iradah.

Oleh yang demikian sukarlah mendapat orang yang mengatakan pada wajah hakikat
bahawa Allah itu harus mengadakan apa-apa jua pekerjaan, harus pula tidak
mengadakan(Mewujudkannya). Sesungguhnya perbuatan Allah kepada suatu itu bukanlah dengan mumkin apabila
menilik kepada Allah dan tidak pula dengan wajib yang mewajibkan Allah.
Namun demikian ada orang yang mengatakan bahawa yang demikian itu oleh pekerjaan yang harus wujud dan harus tidak wujud sehingga berkehendak kepada yang merujukkan iaitu Allah dan ada kalanya untuk dihukum oleh syarak.
Sesungguhnya apa yang dapat lihat kepada Allah itu adalah mengikut kaedah sebenar
yang tidak ada yang menentang apa yang telah dinyatakan di hadapannya.
Apa yang kami katakan dan amalkan dengan sebenarnya bahawasanya bagi Allah itu wajib bagiNya begini begini begini dan mustahil bagi Allah itu begini, begini, begini. Sedangkan kami tidakpun mengatakan harus ke atas Allah itu begini, begini, begini. Maka jadi inilah Aqidah Ahli I’qtisas (orang istimewa) dari kalangan ahli Al-Quran atau Ahlillah oleh kerana kami menjadikannya perbincangan yang terpaksa dihentikan berbicara dengan akal dan ilmu kami.
Hanya kami menerima seruan daripada apa-apa sahaja suruhan yang dibawa kepada
kami oleh Rasulullah kami terima dan amalkan dan apa-apa sahaja larangan kami
patuhi larangannya.
Pada ketika itu jadilah kami orang yang beriman serta beramal dengan segala hukum
yang dihimpunkan oleh Allah yang dihantarkan kepada hamba-hambaNya yang
Mukallaf atas lidah RasulNya Nabi Muhammad serta mengikutnya setapak demi setapak sehingga tertegak cita-cita yang teguh pada rohani jasmani diri kami lima perkara yang terdapat di dalam agama Islam.
Kami Tegak Lima Perkara;
I. Beriman serta beradab mukmin.
II. Sejahtera pada perbentukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
III. Lazim Ihsan di semua tempat dan masa.
IV. Ummat diterima di dunia dan akhirat.
V. Mati dengan Husnul Khatimah (Pengakhiran yang baik).

Kami Lazim Lima Perkara;
I. Adab sebelum memulakan sesuatu.
II. Mengambil langkah Sunnah menang mutlak.
III. Mendahului perkara yang wajib dan yang sunat menjadi tetamu kepada yang wajib
dengan didahului membaca Al-Quran, Selawat, Solat Sunat, Puasa Sunat, atau
mana-mana zikir atau wirid yang telah disusun oleh Ulama’ Muktabar yang Ahli
pada babnya sebagai amalan Taqarrub.
IV. Membaca Al-Fatihah hadiah kepada sekalian ahli Tabarru’
V. Menjadi murid dengan menghadir diri pada mana-mana majlis ilmu agama Islam
atas rupa mendengar, belajar, mengajar, muthalaah, murajaah, muzakarah
dengan mereka yang ahli pada babnya sekiranya ada masalah atau kemusykilan
yang dihadapi.
Kami Menolak Lima Perkara;
I. Segala ajaran yang mempunyai petua atau kaedah baiah yang disertai dengan
sumpah bagi tujuan mencari kekuatan, kebaikan, perpaduan atau menzahirkan
hikmah perkara mencarik adat.
II. Segala ajaran yang mempunyai petua atau kaedah yang disertai pantang larang
menepati hokum syarak sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram bagi
tujuan menzahirkan hikmah perkara mencarik adat.
III. Segala ajaran yang mempunyai petua atau kaedah marah atau dimarahi umpama
iktikad Tanasikhul Arwah atau Wahdatul Wujud atau Mulhid atau jenis fahaman
Qadariah, Jabariah, Muktazilah, Mujassimah, Jahmiah, atau fahaman
sekularisme, Komunisme, Sosialisme dan lain-lain ajaran ciptaan makhluk
(manusia) bagi menzahirkan sesuatu hikmah atau mencarik adat.
IV. Segala petua atau ajaran yang mempunyai kaedah berpegang ke atas kebesaran
ayat-ayat, wirid, jampian, doa atau benda dan masa dan lain-lain yang seumpama
bagi tujuan hikmah dan mencarik adat.
V. Segala ajaran atau petua yang tidak tahu asal usul dari mana, di mana dan ke mana.
Musyahadah
Ketahuilah bahawa bagi hak Allah itu pada musyahadah hamba-hambaNya dan
terdapat dua nisbah(Perbandingan).
Pertama: Nisbah kesucian pada ZatNya.
Kedua: Nisbah ia turun pada pandangan mata hati hamba-hambaNya daripada Tasybih (menyerupai) nisbah kesucian Tajalli pada Surah As-Syura ayat 11

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Mafhumnya;
“Tiada suatupun yang menyerupai dari segi zat, sifat dan af’alNya(pentadbiranNya)”
Nisbah kedua TajalliNya pada Sabda Nabi Muhammadﷺ‬

أعْبُدُ اللّهَ كَأَنَّكَ تراه

Mafhumnya;
“Sembahlah Allah‫ ﷻ‬Seolah-olah kamu melihatNya”

فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ

“Maka ke mana sahaja kamu menghadap maka di sanalah wajah (Kiblat yang
diredhai) Allah“
Jadi tidak dapat tidak solat kita dan hati kita mengadap kepada Allah itu, salah satu
daripada nisbah baharulah segala ibadah dan tauhid itu diterima sehingga terhasillah
sepenuhnya atas segala ubudiah hamba-hambaNya dan dapatlah memenuhi
keperluan hak kehambaan dan pengabdian diri kepada Allah.

Sepertimana Khitab Allah

Surah Az-Zariyat ayat 50.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

Wasiat Al-Ghaus Al-A’zhom
Sultan Aulia’ Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani
Kepada sesiapa yang mengaku muridnya

1. Janganlah kamu membangkang atau membuat perkara bidaah (Bersabarlah atas
segala apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi dengan redha dan ikhlas
menerimanya kerana semua yang terjadi itu adalah atas kehendak Allah untuk
menyatukan diri kamu dengan kehendak Allah itu.)
2. Bukalah mata jasmani dan mata hati kamu seluas-luas terhadap dunia yang selalu menipu. (Hadapi dengan menghilangkan hawa nafsu jangan biarkan ajakkannya dan bawa ke arah pengabdian diri kamu kepada Allah)
3. Kalau kamu ditimpa musibah jangan dirintangi musibah itu dengan doa untuk
menolaknya (Jangan kamu enggan dan berkeluh kesah untuk menerimanya.
Terima semua itu untuk tingkatkan kamu lebih dekat kepada Allah).
4. Demikian sebaliknya jika kamu menerima pelbagai nikmat dan kurniaan jangan lupa dan mengikat diri serta diperbudakkan oleh pelbagai nikmat dan kurniaan itu dan hendaklah kamu mengurus nikmat dengan bersyukur kepada Allah.
5. Jangan menadahkan tangan kepada manusia dan jangan mengikat diri kepada
manusia kerana ibadah dan pertolongan itu semata-mata kepada Allah.
(Sesungguhnya yang ada hanya Allau tidak pelaku lain selain dari Allah. Tiada
kebajikan, keburukan, kerugian, keuntungan, manfaat, anugerah kematian,
kehidupan, kekayaan, kemiskinan dan lain lagi melainkan semuanya itu ada
ditangan Allah.)
6. Jangan kamu membuat bidaah dalam perkara agama, ikutilah para pewaris ‘adil
berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah kerana dengan dua dasar itu akan
memperelokkan kamu kepada Allah. Sekiranya kamu membuat bidaah mestilah
kamu terbawa-bawa dengan hawa nafsu bererti untuk mendekatkan kamu kepada
api neraka).
Firman Allah di akhir Surah At-Taubah

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Mafhumnya;
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu
sendiri(iaitu Nabi Muhammad) yang menjadi sangat keberatan kepadanya
sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu yang sangat lobakan(inginkan)
kebajikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih
sayangnya kepada orang yang beriman.”

فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Mafhumnya;
“Kemudian jika sekiranya mereka berpaling(ingkar) maka katakanlah (Wahai
Muhammad) cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memelihara aku, tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia dan kepadaNya aku berserah diri dan
Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

والسلام والله أعلم