Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Warga Melayu ⁽¹⁴⁵⁰⁻⁰⁹⁻ᴷᴰᴴ⁾

Baiah Syahadah dan Baiah Setia

Hadis Saidina Umar Al-Khattab r.a yang menunjukkan bahawa Baiah Taat setia ada di dalam Islam, dan apa yang boleh difahami daripada hadis tersebut, tanpa Taat, Baiah dan ketua yang dipilih pasti tidak wujud jemaah seterusnya tiada ada lagi ISLAM dalam konteks sebuah jemaah.

Warga Melayu tidak boleh mempunyai banyak ketua atau kepala kerana etika berjemaah menjadi songsang sekiranya perkara ini berlaku. Ketua atau Amir mestilah seorang yang memiliki akhlak Nubuwwah dan Wilayah yang tinggi dan meneruskan kerja buat ketua atau amir sebelumnya yang mengambil panji-panji Agong kebesaran Agama Islam daripada tangan ke tangan yang sampai kepada junjungan Agong Baginda Rasulullah SAW.

Warga Melayu mengajak manusia yang bermastautin di alam Melayu Nusantara sama ada sudah berbaiah atau belum berbaiah segera masuk ke dalam barisan jemaah An’amta Alaihim. Baiah semula atau Baiah kali pertama bagi menyatakan kesetiaan dan ketaatan meneruskan kerja buat mengekalkan agama yang wujud sejak 531H/1136M di Hati, Lidah dan Anggota Bangsa Melayu sehingga Melayu diangkat menjadi mulia dengan agama Islam.

Warga Melayu yang tidak TAAT atau BANTAH dikhuatiri gugur Islam pada dirinya kerana Taat adalah kunci utama yang digariskan perlu wujud pada diri seseorang sehingga mampu menjadikan dirinya mempunya Ketua ikutan, Jemaah sehinggalah wujudnya ISLAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.